Wednesday, January 28, 2015

Persembahan Hafiz Suip Di Hard Rock Cafe Dapat Sambutan Hangat


Oleh Kemalia Othman

KUALA LUMPUR : Penyanyi Hafiz Suip terharu dengan sambutan peminat yang hadir memberi sokongan kepada dia dan rakan-rakannya pada malam Showcase Hafiz & Friends di Hard Rock Cafe, di sini malam Ahad.

Hafiz, 25, berkata dia tidak menjangkakan ramai peminat hadir berikutan persembahan itu dilakukan secara berbayar.

"Saya sangat bersyukur dan tidak sangka sambutan sangat baik hari ini dan masih ramai yang menyokong industri seni tanah air biar pun ianya berbayar.

"Pada awalnya saya memang agak bimbang dan tertanya-tanya ada atau tidak orang yang akan hadir nanti kerana bukan senang untuk tarik peminat datang menyaksikan persembahan dengan bayaran yang agak mahal ini," ujarnya  kepada MStar Online.


Hafiz ditemui selepas selesai persembahan Showcase Hafiz & Friends yang berlangsung di Hard Rock Kuala Lumpur, di sini, malam Ahad.

Kira-kira 1,000 penonton menyaksikan persembahan itu. Tiket menyaksikannya dikenakan sebanyak RM70.

Showcase tersebut turut menampilkan Akim Ahmad dan Hazama.

For full article, go to : http://www.mstar.com.my


No comments:

Related Posts with Thumbnails