Wednesday, March 27, 2013

Berehat sebulan


Beberapa hari lalu, kedengaran khabar mengatakan penyanyi terkenal, Hafiz Suip,23, akan berehat daripada aktiviti nyanyian selama enam bulan akibat sakit tekak. Kononnnya, dek terlalu banyak menerima tawaran mengadakan persembahan, ia memberikan kesan kurang baik kepada kesihatannya.

Bagaimanapun, juara Akademi Fantasia 7 yang memenangi kategori Vokal Terbaik sebanyak tiga kali pada Anugerah Juara Lagu itu menafikan perkara terbabit. Biarpun mengaku akan bercuti selama sebulan, namun ia bukanlah akibat kesakitan tekak seperti didakwa sesetengah pihak. Sebaliknya, Hafiz memberitahu, dia akan berehat kira-kira empat minggu pada Jun depan untuk memberikan tumpuan kepada konsert solo di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur. Konsert berkenaan akan berlangsung pada 3 Julai nanti.

Ditemui ketika menjayakan siri jelajah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 di Johor Bahru, Ahad lalu, Hafiz yang juga calon Top 5 kategori Penyanyi Lelaki Popular dan Artis/Duo/Berkumpulan Popular (bersama Adira) nyata teruja apabila bercerita mengenai persembahannya di DFP kerana ia menjadi impiannya sejak mula bergelar penyanyi.

Jaga Vokal

"Saya akan berehat selama sebulan saja pada Jun nanti. Saya mahu menumpukan sepenuhnya pada persiapan untuk konsert itu dan juga bagi menjaga vokal.

"Sudah lama saya merancang untuk mengadakan konsert terbabit. Malah, saya percaya semua penyanyi menyimpan impian untuk mengadakan konsert solo di pentas berprestij itu, sama seperti Datuk M Nasir dan Datuk Siti Nurhaliza. 

"Konsert ini pula saya ingin hadiahkan kepada keluarga dan peminat. Begitupun saya enggan mendedahkan butiran lanjut awal-awal. Tunggu benda nak siap, baru saya nak kongsi. Saya akan menyanyikan 10 lagu pada konsert itu nanti dan selebihnya adalah kejutan. Kalau nak tahu, datanglah ke konsert saya itu nanti,' katanya bersemangat.

Sebagai persiapan awal, Hafiz akan menghadiri kelas vokal seminggu sekali bersama Cikgu Shafi manakala persembahan pentas nanti mendapat tunjuk ajar daripada pereka tari, Pat Ibrahim. Katanya juga, bagi arahan muzik, ia diletakkan di bawah kuasa Aubrey Suwito.

Album baru April depan

Sementara itu, artis kelahiran Kuching, Sarawak ini akan muncul bersama album ketiga pada April nanti. Kali ini, dia memilih judul Hafiz Suip, Luahan Hati Seorang Anak Seni.

Memuatkan sembilan lagu, Hafiz turut menyatakan beberapa lagu daripada album berkenaan ialah karyanya sendiri. Komposer berpengalaman lain yang turut menghulurkan karya termasuk Ajai, Kuncidemak, LY dan Baiduri.

"Ada lagu yang saya hasilkan bersama Kuncidemak dan ada juga yang saya cipta dengan sepupu. Saya cukup berpuas hati apabila dapat sama-sama terbabit dalam penulisan lagu untuk album kali ini.

"Lebih menarik apabila saya menggunakan konsep berbeza untuk album ini, yang dirasakan belum dicuba penyanyi lain di Malaysia. Saya mengetengahkan konsep majalah, supaya orang ramai yang membeli album ini menyimpannya, bukannya dibuang selepas beli.

"Idea itu hasil perbincangan bersama Astro. Saya sudah lama merancangnya, iaitu sejak tahun lalu. Kini, tiba masanya untuk album itu menemui peminat," katanya yang merakam album terbabit dalam tempoh kurang daripada setahun,



Note to BH : please get your facts right..... the concert will be held on 3rd June 2013 as scheduled..... so fans who have bought the tickets, fret not! there hasn't been a change or anything... see you there!


Thursday, March 21, 2013

KONSERT NUSANTARA ON RTM TV2


Don't miss this extravaganza on TV2 this Saturday at 9.00pm.

Tuesday, March 19, 2013

BRAND NEW VC : 'BAHAGIAMU DERITAKU'


Enjoy Hafiz's first single from his new album releasing soon.
'Bahagiamu Deritaku' vc was filmed in Indonesia some times last year and here it is. And is now on heavy rotation on local radio stations.

Thursday, March 14, 2013

HAFIZ : CIPTA LAGU HADIAH BUAT PEMINAT

Naziatul Hanum A. Rajak
13 Mac 2013

Hafiz menjulang trofi Vokal Terbaik AJL27 menerusi lagu Ku Akui


PENYANYI, Hafiz Suip, selangkah lebih maju apabila mula berjinak-jinak dengan dunia penciptaan lagu pada tahun ini.

Menurut pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-27 ini, lagu ciptaannya itu sebagai hadiah buat peminatnya.

"Saya mencipta sebuah lagu untuk dimuatkan dalam album terbaru saya ... dalam percubaan. Selama ini, saya belajar juga daripada otai.

"Tak adalah asyik menyanyi saja. Sekurang-kurangnya saya membuat sesuatu. Ini hadiah saya untuk peminat," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Namun, Hafiz masih berahsia tentang tajuk lagu ciptaannya itu.

Album ketiga penyanyi berusia 23 tahun ini menerima sentuhan beberapa komposer terkenal seperti Ajai, LY & Baiduri dan Kunci Demak.

Album ketiganya itu dijangka dilancarkan pada pertengahan April ini.

"Buat masa sekarang baru ada sembilan lagu. Insya-ALLAH lagi satu single saya akan rekod sebab bulan lepas saya demam. Jadi, semuanya 10 lagu.

"Semua lagu baru dan ada tiga lagu dari album Indonesia saya. Ada satu lagu itu saya kolaborasi dengan Kunci Demak. Saya lebih tertumpu kepada lirik," katanya yang melancarkan album kedua di Indonesia, tahun lalu.

Hafiz bakal tampil dengan sedikit kelainan melalui album ini dengan menggunakan elemen pop alternatif dan balada.

"Berbeza sedikit dari album sebelum ini. Dulu, saya lebih kepada balada yang lagunya mendayu-dayu. Kali ini, saya lebih kepada pop alternatif dan balada," katanya.

Vokal penyanyi kelahiran Sarawak ini memang tidak dinafikan apabila sering memenangi anugerah vokal selepas menjuarai program realiti Akademi Fantasia pada tahun 2009.

Ketika ditanya sama ada terbeban untuk melakukan yang terbaik bagi mengekalkan kejuaraannya, Hafiz menyifatkan perkara itu sebagai cabaran.

"Saya tak mengambil perkara itu sebagai beban, saya ambil sebagai satu cabaran. Ini yang peminat mahu daripada kita," katanya.

Dalam pada itu, Hafiz turut memberitahu terpaksa menangguhkan pelajaran sehingga kini.

"Ilmu itu kalau boleh cari sampai ke negeri China, jadi tak patut bila kita dah senang, ilmu itu kita tak pandang. Walaupun saya dalam bidang seni, saya belajar lagi.

"Saya ada rancangan untuk menyambung pelajaran lagi tetapi keadaan tidak mengizinkan. Sekarang saya sedang tangguh pengajian saya dalam bidang Pengurusan Hotel dan Pelancongan," katanya.

Menyentuh soal dunia lakonan, Hafiz lebih memilih untuk fokus pada nyanyian.

"Bukan saya kata tak nak berlakon tetapi saya mahu lebih fokus pada menyanyi. Saya berlakon dalam video muzik sendiri saja," katanya.

Dalam perkembangan lain, Hafiz bakal mengadakan konsert pertamanya pada bulan Jun ini.

"Insya-ALLAH, pada 3 Jun ini adalah konsert saya yang pertama, bertempat di Dewan Filharmonik Petronas. Konsepnya konsert solo, tetapi ada ... rahsialah, tak boleh beritahu sekarang," katanya yang teruja dengan konsert pertamanya itu.

Source : sinarharian.com.my

BTS Hafiz & Stacy REMAJA 15 March 2013

Tuesday, March 12, 2013

MANTAP, BERTENAGA! : DIVA-DIVA MALAYSIA-INDONESIA GEGAR ISTANA BUDAYA

Friday, 8th March 2013

Malam tadi telah berlangsung di konsert Nusantara yang menyaksikan kolaborasi barisan artis hebat tanah air iaitu Dato Siti Nurhaliza, Dato' Yusni Hamid, Hafiz, Yazir dan Bob serta barisan penyanyi dari seberang, Rossa, Endang S. Taurina dan Elly Kassim.


Mengambil pentas Panggung Sari, Istana Budaya, konsert yang bermula pada 8.30 malam ini dimulakan dengan persembahan pembukaan gandingan penyanyi muda Hafiz bersama Endang S Taurina menyanyikan lagu Perasaan Hati (nyanyian asal Broery Marantika dan Dato' Sharifah Aini).

Seluruh panggung gamat apabila kemunculan Dato' Siti Nurhaliza dan Hafiz menyanyikan lagu Muara Hati. Kemudian Rossa mengambil alih pentas dengan mempersembahkan dua buah lagu iaitu Pudar dan Ayat-ayat Cinta. Persembahan Rossa sangat memukau!


Read the rest of the article at : http://iphone.malaysiandigest.com

Monday, March 4, 2013

KONSERT NUSANTARA @ ISTANA BUDAYA


Date : 7th March 2013 (Thursday)
Time : 8.30pm
Venue : Panggung Sari, Istana Budaya

Tickets are sold at : RM50, RM70, RM100, RM150, RM200, RM250, RM300 & RM350

For more information on how to get the tickets : 






Hafiz Dominasi Carta Lagu Melayu Popular Red Box


KUALA LUMPUR, 1 MAC 2013 : Sepanjang tahun lalu, dua lagu nyanyian juara Akademi Fantasia 7 (AF7) Hafiz Suip tersenarai sebagai lagu Melayu Paling Popular dalam Carta Red Box 2012. Pengumuman ini telah pun dibuat ketika majlis makan malam media Red Box yang telah diadakan di Red Box Sogo, 27 Februari lalu.

Dua lagu nyanyian Hafiz tersebut ialah Ombak Rindu dan Ku Akui. Selain dari Hafiz, lagu nyanyian dari Stacy iaitu Pelangi Senja turut tersenarai dan ianya sekaligus membuktikan bahawa lagu keluaran Astro Entertainment mendominasi carta lagu Melayu popular 2012.

Bagaimanapun, tiada seorang pun bintang AF ini hadir untuk menerima anugerah tersebut kerana terlibat dengan persembahan di tempat lain.

Antara artis yang hadir untuk menerima anugerah tersebut ialah Alif Satar, Saujana, 6th Sense dan artis dari seberang iaitu Astrid yang mana lagu nyanyiannya berjudul Tentang Rasa turut tesenarai dalam carta.


Related Posts with Thumbnails