Thursday, December 29, 2011

Monday, December 26, 2011

Thursday, December 22, 2011

BERITA HARIAN ARTICLE SCAN, 22nd Dec 2011

HAFIZ ADA "BARANG" BARU

Oleh Fatin Farhana Ariffin
bhhibur@bharian.com.my
2011/12/22




Giat promosi lagu terbaru Watak selepas kejayaan Masih Jelas, Noktah Cinta, Awan NanoSELEPAS tiga lagu solonya, Masih Jelas, Noktah Cinta dan Awan Nano mendapat sambutan hangat dan reaksi positif, penyanyi muda berambut kerinting ini sekali lagi tampil dengan ‘barang’ baru berjudul Watak.

Satu demi satu lagu solonya mendapat sambutan memberangsangkan termasuk kejayaan Awan Nano, yang meraih lebih pendengar secara global, Hafiz atau Mohd Hafiz Mohd Suip akan berkunjung ke Jakarta awal tahun depan bagi mempromosikan lagu terbarunya.
Tuah badan, hasil duetnya bersama Nidji menerusi lagu Laskar Pelangi di suatu persembahan lewat ini, membuatkan peluang bekerjasama dengan syarikat rakaman dari negara seberang terbuka luas.

Langkahnya kini dilihat lebih utuh selepas beberapa kejayaan diciptanya termasuk memenangi anugerah Vokal Terbaik dan tempat ketiga pada Anugerah Juara Lagu yang ke-25 (AJL25) dengan lagu Noktah Cinta.

Lagu solo pertamanya, Masih Jelas layak hingga ke peringkat akhir pada anugerah sama sebelumnya. Kali ini sekali lagi lagu taruhannya, Awan Nano layak ke peringkat akhir AJL26 yang akan berlangsung pada 29 Januari depan.

Ini adalah pencapaian membanggakan apabila Hafiz berjaya tiga kali berturut-turut sertai anugerah yang bukan saja mempertaruhkan kekuatan seni cipta lagu, malah kekuatan vokal seseorang penyanyi itu.
Berkongsi perasaan, Hafiz bersyukur kerana ketiga-tiga lagu solonya itu mendapat penerimaan yang baik dan ini mendorongnya mengekalkan persembahan terbaik pada anugerah yang disertainya.

“Lagu Awan Nano mempunyai struktur yang kuat dan kemungkinan daripada penghayatan yang saya bawakan, lagu itu menjadikan lebih bermakna.

“Lagu ini juga menyentuh kehidupan yang lain dan karakter di muka bumi ini, lalu sedikit sebanyak membangkitkan kesyahduan setiap pendengar. Dengan izin tuhan dan adanya rezeki, mungkin saya akan mengulangi kemenangan lalu serta semestinya saya menjanjikan persembahan terbaik,” katanya yang ditemui di Konsert Akhir Reunion AF di Setiawangsa, baru-baru ini.

Pada malam konsert itu juga, Hafiz rasa sedih kerana berakhirnya program realiti yang menggilap bakat ramai bintang.

“Saya pun dilahirkan menerusi program ini. Semestinya saya rasa bersyukur, berbangga walaupun kini ia sudah menjadi memori. Menyertai AF adalah pengalaman terbaik dan berterima kasih kepada pihak yang menyediakan landasan untuk kami mewarnakan lagi pentas hiburan tanah air.

“AF adalah program yang menjadi ikutan orang ramai, tidak kira lingkungan usia, dari remaja hingga yang berkeluarga dan dengan penamatan program ini bermakna berhentinya fenomena. Namun di sebalik itu kami tidak akan melupakan AF, kerana inilah asal usul kami,” tambahnya lagi.

Boleh dikatakan, Hafiz adalah segelintir peserta AF yang sinarnya tidak pudar sejak menjuarai AF musim ketujuh pada 2009. Tidak sekadar mengungguli bersama barisan peserta AJL26, Hafiz juga dicalonkan sekali lagi pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) dalam pencalonan awal bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular.

Agak terkejut apabila diberitahu mengenai perihal tersebut, Hafiz mengakui dirinya tidak tahu menahu dirinya tersenarai di kalangan 20 penyanyi lelaki popular tanah air. Pada masa sama, dia bersyukur kerana diberi peluang sejak 2009 lagi untuk terus memeriahkan dunia hiburan tempatan.

Di sebalik kejayaan yang diperoleh sebagai penyanyi, Hafiz meletakkan sisi peribadinya di tepi dan mengharapkan kerjayanya lebih dijadikan perhatian berbanding hal percintaannya bersama Adira.

Sama seperti yang pernah dimaklumkan sebelum ini, dia akui hubungannya bersama bintang AF8 itu tidak lebih daripada sekadar kawan biasa dan sememangnya mereka tidak mempunyai sebarang ikatan sebelum ini.

“Dari dulu saya pernah katakan kami masih dalam tempoh mengenali hati budi masing-masing, walaupun saya mengaku saya rapat dengannya tapi itu tidak bermakna kami bercinta. Kami mahu lebih fokus dengan kerjaya dan karier seni masing-masing.

“Perkara ini sepatutnya tidak menjadi isu kerana saya pun mahu menjalani kehidupan seperti biasa. Saya akui sisi peribadi saya menjadi perhatian orang ramai kerana status sebagai artis tapi kes seperti ini tidak sepatutnya menyekat kegiatan harian saya.

“Saya sama seperti orang lain mempunyai perasaan dan saya tidak suka perkara seperti ini diperkatakan serta sebaiknya ia diletakkan di tempat kedua selepas kerjaya,” ujarnya.


Saturday, December 17, 2011

Wednesday, December 14, 2011

Anugerah Carta Borneo 2011 Pilihan Pendengar

Oleh Liza Ramli

Pada hari Sabtu, 10 Disember yang lalu bertempat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching: ERA fm Kuching telah meraikan satu majlis gemilang untuk meraikan ulang tahun pertama mereka. Majlis ini juga turut dimeriahkan dengan kemunculan pertama Anugerah Carta Borneo ERA yang memberikan pengiktirafan khas buat bakat tempatan Borneo.

Khabarnya, anak kelahiran Kuching, Ir Radzi telah membolot banyak hadiah dan telah membawa pulang tiga hadiah utama, berserta dengan wang tunai sebanyai RM 6, 000. Ir Radzi telah membawa pulang anugerah Artis Borneo Paling Popular, Artis Harapan Borneo, Lagu Borneo Paling Popular telah dirangkul ke dalam dakapannya. Manakala sebuah anugerah Khas ERA telah memihak kepada Hafiz, pemenang Akademi Fantasia Musim Ketujuh selaku pemenang bagi Artis Pilihan Borneo ERA fm. 


Apa yang pasti, kemenangan bagi setiap kategori yang bertanding telah pun ditentukan oleh pendengar secara total. Ya, 100% ditentukan oleh undian para pendengar ERA fm. Pada hari terakhir undian dibuka, jam 12 malam, pada 27 November 2011 menerusi laman web www.era.fm/kuching, lebih dari 5,500 undian telah kami terima.  

Pada malam tersebut, lebih dari 5000 pendengar telah menggamatkan suasana di Pusat Konvensyen Borneo Kuching yang membariskan penampilan artis terkemuka tanah air seperti Hafiz, Stacy, Najwa Latiff, Mizz Nina dan Pop Shuvit. Tidak ketinggalan,  pemenang RockEra, MAYZE juga telah tampil dan berkongsi pentas yang hangat pada malam minggu tersebut. Augerah Borneo ERA ini telah diacarakan oleh Ray dan Haniff dari pasukan Riuh Pagi ERA, bersama penyampai-penyampai radio ERA fm Kuching; Osha, Hasmin dan Nazuan.

Carta Borneo ERA telah ke udara pada jam 11 pagi pada setiap hari Sabtu bermula pada bulan April 2011 yang telah mendapat sambutan yang menggalakkan di Kuching, sehingga melebihi dari 1000 undian telah dilakukan pada setiap minggu. Inilah ruang yang telah kami sediakan untuk generasi muda berbakat besar untuk terus berkarya  sekaligus mendapat peluang untuk dikenali di seantero Borneo. Dengan cara ini, apabila lagu mereka didengari ramai dan dimainkan di radio, ianya adalah salah satu langkah setapak ke hadapan untuk menyertai dan sama-sama memeriahkan Industri Muzik Malaysia.

Untuk sebarang maklumat tambahan dan informasi terkini mengenai Carta Borneo, sila lawati laman web kami di www.era.fm/kuching.



SNAPSHOTS @ ANUGERAH CARTA BORNEO ERA








From various sources.... thanx!

SNAPSHOTS @ AKADEMI FANTASIA FINAL REUNION


SNAPSHOTS @ "OMBAK RINDU" PREMIERE





Source : Ombak Rindu Official FB

Friday, December 9, 2011

HAFIZ @ LANGKAH BENDUL TELEMOVIE PROMO


Don't forget to catch Hafiz in this hilarious telemovie on
14th Dec 2011 (Wednesday) on Astro Warna (Ch.132) at 10pm!

Wednesday, December 7, 2011

Hafiz Bawa Awan Nano Ke Jakarta


Istilah ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah orang siapa yang tahu’ memang tepat menggambarkan situasi Hafiz AF7 apabila dia bakal mempromosikan lagu ‘Awan Nano’ di Jakarta, Indonesia pada Januari tahun depan.
Semuanya bermula selepas Hafiz menjayakan program ‘Apa SAja FBI’, dihoskan oleh Faizal Ismail yang turut mengundang artis dari seberang, kumpulan Nidji menyanyi lagu ‘Laskar Pelangi’ secara duet dengan Hafiz.

“Selepas saya berduet dengan vokalis Nidji, Giring dalam program tersebut, syarikat rakaman dari Jakarta terus mempelawa saya mempromosikan ‘Awan Nano’ di seberang,” ujar Hafiz ketika ditemui di Konsert Akhir Reunion Akademi Fantasia di Aeon AU2 Setiawangsa, Sabtu lalu.

Tambahnya lagi, sekiranya tiada aral melintang, dia akan berangkat ke Jakarta pada Januari depan, namun semuanya masih lagi dalam proses perancangan.

Sambil mengucap syukur atas kejayaan demi kejayaan yang terlakar dalam karier seni dek lagu tersebut, Hafiz turut berharap dirinya akan terus maju dalam karier seni selain ingin melebarkan lagi karier seninya.
Selain bakal ‘terbang’ ke seberang, lagu ciptaan Dato’ M Nasir ini juga, turut menyaksikan Hafiz bertanding kali ketiga di dalam anugerah berprestij apabila ‘Awan Nano’ berjaya bertanding di Anugerah Juara Lagu 26 (AJL 26).

Source : www.ohbulan.com

Hafiz Promosi Lagu Awan Nano Di Jakarta





PETALING JAYA: Hafiz AF7 (gambar) bakal mempromosi lagu Awan Nano di Jakarta, Indonesia pada Januari tahun depan.

Menurut penyanyi yang sedang popular dengan single 'Watak' itu, semuanya bermula selepas menyertai program Apa Saja FBI kelolaan pengacara Faizal Ismail yang turut mengundang artis seberang, kumpulan Nidji menyanyi lagu Laskar Pelangi secara duet dengan Hafiz.

“Selepas saya berduet dengan Giring (Nidji) dalam program itu, terus syarikat rakaman dari Jakarta mempelawa saya untuk mempromosikan lagu Awan Nano di sana.

“Jika tiada aral, saya akan terbang ke sana pada Januari depan. Namun semuanya masih dalam perancangan,” kata Hafiz ketika ditemui di Konsert Akhir Reunion Akademi Fantasia di AEON AU2, Setiawangsa, Sabtu lalu.

Tambah Hafiz: “Alhamdulillah, Awan Nano boleh mencapai sesuatu (kejayaan) untuk saya. Kalau boleh saya nak lebarkan lagi karier seni ini.”

Hafiz turut mempertaruhkan lagu Awan Nano di Anugerah Juara Lagu 26. Masuk kali ini, sudah kali ketiga Hafiz layak bertanding di acara berprestij itu.

Menyentuh tentang filem 'Ombak Rindu' yang turut memuatkan lagu temanya yang dinyanyikan secara duet dengan Adira, Hafiz akui filem itu mempunyai kekuatan tersendiri maka tidak menghairankanlah mengapa ia telah berjaya mengutip melebihi RM4 juta dalam masa empat hari tayangan sahaja.

“Filem itu mempunyai struktur cerita yang kuat dan menyentuh hati setiap individu kerana ia berkisarkan tentang cinta, kehidupan dan karakter manusia yang biasa dijumpai sebelum ini.

“Saya agak sedih ketika menghayati watak Izzah lakonan Maya Karin yang penyabar, berani dan berpendirian tegas apabila meminta Hariz mengahwininya serta terpaksa menahan derita akibat perkahwinan rahsianya,” ujarnya lagi.


Tuesday, December 6, 2011

HAFIZ WILL BE @ ANUGERAH CARTA BORNEO ERA THIS WEEKEND, 10th Dec 2011


Come and join us at this event organized by Era FM Kuching... u can sms KCH<jarak>Nama dan No.ic <jarak> reason why u wanna go to Anugerah Carta Borneo ERA and send it to 32555 or call Era FM Kuching at 082-420961, answer simple questions to get the tickets! U can also get it by chasing the Era Squad .... keep on listening to Era FM Kuching 96.1 fm for more details!
Do LIKE Era FM Kuching fb ya! 
See u there!!!!!!!!

Thursday, December 1, 2011

Konsert Reunion Akhir Akademi Fantasia Terakhir

Buat kali yang terakhir, pihak Astro Ria akan menganjurkan Konsert Reunion Akhir Akademi Fantasia yang bakal menghimpunkan bintang-bintang AF dari musim pertama hingga yang terakhir. Konsert ini juga bakal menyaksikan kesemua mereka yang akan bersatu semula dan kembali membuat persembahan istimewa sebagai bintang AF untuk peminat-peminat mereka.

Nantikan persembahan istimewa oleh M. Nasir serta bintang-bintang AF seperti Mawi, Stacy, Hafiz, Shahir, Hazama, Akim, Adira, Aril, Afif, Erul, Eka, Nera, Daus, Yazer, Bob, Raqib, Farhan, Felix, Daus, Khai, Rosma, Isma, Azri, Akma, Aswad, Nija, Lena, Nadia, Mama Rina, Farhan, Haziq, Zarina dan ramai lagi.

Pembaca Budiey.com dijemput untuk hadir di Sesi Rakaman Konsert Akhir Reunion AF pada 3 Disember 2011 (Sabtu), jam 8.00 malam @ AEON AU2, Setiawangsa. See you there ya.



Source : www.budiey.com

Related Posts with Thumbnails