Tuesday, November 22, 2011

Top 5 tidak semestinya ke AJL26



PERTANDINGAN Muzik-Muzik 26 yang sudah sampai ke peringkat separuh akhir membahagikan peringkat itu kepada tiga bahagian di mana lima peserta dalam top 5 daripada setiap bahagian layak untuk persaingan seterusnya.

Bagaimanapun menurut Penerbit Muzik-Muzik 26, Nurul Huda Khalid, tidak semua peserta dalam kelompok lima teratas pertandingan itu akan beraksi di akhir iaitu Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26). Sebaliknya ada yang akan disingkirkan.

“Setiap bahagian separuh akhir Muzik-Muzik 26 akan menampilkan lima teratas. Keseluruhannya 15 peserta akan ditampilkan di peringkat ini. Sedangkan kami hanya akan menampilkan 12 peserta pada Anugerah Juara Lagu 26,” katanya.

Pada peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 26 bahagian pertama itu, 11 peserta bertanding dan lima yang terbaik ialah 3 Suara , Yuna, Alyah, Hafiz dan Nubhan.

Enam pesertanya iaitu kumpulan Hujan, Iqa, Akim, Sofaz, Stacy dan Drama telah disingkirkan kerana mendapat markah terendah.

Rata-rata peserta yang disenaraikan dalam kelompok lima teratas separuh akhir Muzik-Muzik 26 bagaimanapun tidak berani meletakkan harapan yang tinggi untuk bersaing ke Anugerah Juara Lagu 26 kerana persaingan boleh dikatakan agak sengit.

Alyah misalnya, kini bergelut dengan penyakit apendiks yang dihidapinya dan masih terlalu awal untuk dia meletakkan harapan tinggi pada pertandingan itu.

“Malam ini pun saya terpaksa menahan sakit apendiks yang saya hidapi semata-mata bagi meneruskan saingan peringkat separuh akhir pertama ini.

“Ada ramai lagi peserta yang akan bertanding pada bahagian dua dan tiga nanti.

“Saya bukan sahaja terpaksa mengetepikan nasihat doktor agar berehat daripada menyanyi, tetapi turut menahan sakit bagi memastikan lagu nyanyian saya Kisah Hati dapat dipertandingkan dalam pertandingan ini.
“Saya terpaksa makan ubat penahan sakit. Itu pun untuk sementara waktu di mana beberapa jam selepas itu perut saya akan akan sakit semula.

“Ini kerana menyanyi ada kaitan dengan perut yang membantu vokal,” jelasnya.

Berbaloi

Namun, pengorbanan Alyah berbaloi kerana lagu Kisah Hati ciptaan Manusia Putih itu berjaya disampaikannya dengan penghayatan yang baik biarpun berdepan dengan kesakitan.

Empat peserta lagi ialah Nubhan (Mata Hati), Yuna (Gadis Semasa), Hafiz (Awan Nano) dan 3 Suara yang dianggotai Ning Baizura, Shila dan Jaclyn Victor (Beribu Sesalan).

Jika Alyah layak ke Anugerah Juara Lagu maka itu adalah kejayaan keduanya. Pertama kali dia layak sehingga ke peringkat itu ialah dua tahun lepas melalui lagu Tak Mungkin Kerana Sayang.

Para juri yang mengadili peserta Muzik-Muzik 26 ialah Azhar Borhan, Hazami, Yasin, Dr. Lim Swee Tin dan Azlan Abu Hassan.

Kebanyakan peserta yang terpilih dalam itu berharap agar mereka mampu meneruskan saingan, misalnya Nubhan yang sebelum ini pernah kecundang. “Ini kali keempat saya mencuba nasib dalam Muzik-Muzik. Contohnya, pada tahun lepas lagu nyanyian saya, Seadanya Aku gagal ke akhir pertandingan ini.
“Saya harap lagu ini diterima oleh para juri untuk terus dipertandingkan,” komennya.

Bagi 3 Suara yang dianggotai Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah, mereka juga tidak berani untuk terlalu yakin biarpun kekuatan vokal serta populariti mampu membawa lagu Beribu Sesalan ke Anugerah Juara Lagu 26.

“Ini adalah sejarah buat kami bertiga dan juga Muzik-Muzik kerana pertama kali sebuah lagu yang dinyanyikan tiga penyanyi dipertandingkan dalam pertandingan ini. Harap lagu ini boleh pergi lebih jauh,” kata Ning.

Sementara itu, Hafiz yang bertanding atas tiket lagu Awan Nano juga tidak meletakkan harapan menggunung berdasarkan saingan yang lebih sengit daripada 19 lagi peserta pada bahagian dua dan tiga peringkat separuh itu.

“Saya mengharapkan lagu Awan Nano ke akhir. Tetapi bukanlah harapan yang tinggi menggunung kerana saingan semakin sengit termasuklah dalam kelompok lima terbaik pada minggu ini terutamanya 3 Suara,” ujarnya.

Pada bahagian dua dan tiga peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 26 nanti, antara peserta yang akan bersaing ialah Najwa Latif, Hazama, Aizat, Tomok, Adira, Projek Pistol, Shahir, Yuna, Anuar Zain, Faizal Tahir, Shiha, Salma dan Ana Raffali.

SNAPSHOTS OF HAFIZ @ FFM24 - MKSTREET PHOTOGRAPHY






Source : MKStreet Photography 

HAFIZ @ FFM24 RED CARPET, 20th Nov 2011

Monday, November 21, 2011

HAFIZ & MIMI SHAM - SANDARKAN PADA KENANGAN @ FFM24, 20th Nov 2011

Lima Lagu Dahului Separuh Akhir Pertama Muzik Muzik 26


Separuh akhir pertama Muzik-Muzik 26 yang berlangsung pada Jumaat lepas telah pun memilih lima lagu dengan markah tertinggi iaitu Nubhan,Yuna,Alyah,Hafiz dan 3 Suara.

Namun itu belum menjamin tempat mereka di Anugerah Juara Lagu kerana hanya 12 buah lagu sahaja yang akan berentap di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-26. Keputusan hanya akan diketahui selepas berakhirnya separuh akhir kedua dan ketiga yang akan berlangsung pada pada 25 November dan 2 Disember ini.

Pada separuh akhir pertama ini, lagu-lagu yang dipertandingkan adalah Muda (Hujan), Di Penghujungnya (Iqa), Mata Hati (Nubhan), Janji (Akim), Maaf Dari Hati (Sofazr), Kisah Dongeng (Stacy), Gadis Semasa (Yuna), Kisah Hati (Alyah), Babak Pertama (Drama), Awan Nano (Hafiz) dan Beribu Sesalan (3 Suara).

Source : www.mediahiburan.com.my

Sunday, November 20, 2011

HAFIZ @ KOSMO, 20th Nov 2011


Kisah Hati, Beribu Sesalan Antara Top 5 Layak Ke AJL 26

Sabtu, 19th Nov 2011



Oleh SITI AZIRA ABDUL AZIZ

SHAH ALAM : Lima lagu yang mendapat markah tertinggi pada minggu pertama peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 26 dijangka layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 26.

Lagu tersebut adalah Kisah Hati ciptaan sepenuhnya oleh Manusia Putih dan dinyanyikan oleh Alyah, Mata Hati (Audi Mok/ Nubhan), Beribu Sesalan (Kevin Chin/ Tinta/ 3 Suara), Awan Nano (M. Nasir/ Budi Hekayat/ Hafiz) dan Gadis Semasa (Yuna).
“Segala keputusan juri adalah muktamad dan kita mempertandingkan lagu dan bukannya penyanyi.

“Juri memilih lagu yang terbaik dan bukan yang popular. Misalnya lagu Kisah Dongeng nyanyian Stacy mendapat sorakan gemuruh, tetapi lagu itu tidak mempunyai rezeki untuk tersenarai dalam lima lagu mendapat markah tertinggi,” kata penerbit Muzik Muzik 26, Nurhul Huda Khalid selepas acara tersebut berakhir di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, Jumaat malam.

Enam lagu lain yang turut bertanding pada malam itu adalah Muda (Noh Hujan/ Hujan), Di Penghujungnya (Edry Abd Halim/ Iqa), Janji (Akim), Maaf Dari Hati (Mohd Atlas/ Sofazr), Kisah Dongeng (Edry Abd Halim/ Stacy) dan Babak Pertama (Ammar Habir/ Aepul/ Drama).

Pemilihan lagu-lagu tersebut diadili oleh juri professional iaitu Azlan Abu Hassan, Yasin Sulaiman, Hazami, Prof Madya Lim Swee Tin dan Azhar Borhan.

Komen artis terpilih:

Nubhan – “Selepas kali keempat terpilih ke peringkat separuh akhir, ini merupakan kali pertama saya berjaya melepasi peringkat ini.
"Saya tidak meletak harapan untuk mendapat tempat di peringkat akhir. Bagaimanapun, saya bersyukur dan akan bersedia sepenuhnya."

Yuna – “Saya tak jangka apa-apa untuk lagu Gadis Semasa kerana menganggap lagu Penakut mempunyai harapan untuk ke peringkat akhir.

"Saya anggap sudah menjadi rezeki lagu ini untuk terpilih antara yang layak ke peringkat akhir.

"Kalau dah sampai ke tahap ini, saya dan ahli band lain akan memikirkan tentang susunan lagu yang lebih menarik sebagai persediaan untuk ke peringkat akhir.”

Hafiz – “Pada mulanya saya berharap lagu ini berjaya ke peringkat seterusnya tetapi tidaklah meletak harapan setinggi gunung.

"Jadi, apabila terpilih antara yang top 5, saya rasa perlu melakukan yang terbaik."

3 Suara – “Ini merupakan kali pertama tiga penyanyi yang menyanyikan sebuah lagu terpilih untuk ke AJL.

"Ikutkan masing-masing gementar kerana lagu ini diminati ramai dan sebolehnya kami tidak menghampakan peminat.

"Tetapi apabila penonton memberikan sorakan dan tepukan, kami rasa lebih bersemangat dan menjadi kekuatan untuk lakukan yang terbaik.”

Alyah – “Ini merupakan kali kedua saya terpilih untuk ke peringkat akhir selepas kali ketiga bertanding di peringkat separuh akhir.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan pemilihan ini walaupun saingan sengit dan saya rasa sedikit terganggu dengan sistem bunyi serta baru sembuh dari pembedahan apendiks.”


Source : www.mstar.com.my

PIN-UP @ MEDIA HIBURAN, 19th Nov 2011


HAFIZ @ CARTA HOTFM 30, 19th Nov 2011



Saturday, November 19, 2011

HAFIZ'S PERFORMANCE @ MUZIKMUZIK26 SEMIFINAL, 18th Nov 2011



Awan Nano is in the TOP 5 during last nite's 1st round of MuzikMuzik26 Semifinal. Yeayyy!!! Let's hope that it's gonna be in the final come 29th January 2012. 
Waiting in bathed breath for 2nd December 2011, where the ultimate results will be announced.
Congrats to Hafiz, Dato' M.Nasir and Buddhi Hikayat for the beautiful composition.

Thursday, November 10, 2011

HAFIZ LEBAR SAYAP KE SEBERANG

Oleh : SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR
Tarikh : November 9, 2011
 


Ketika meninggalkan rancangan realiti Akademi Fantasia 7 kira-kira dua tahun lalu, juaranya, Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, dilihat agak tenggelam berbanding peserta lain.

Bagaimanapun, anak muda kelahiran Kuching, Sarawak ini beruntung kerana memiliki rangkaian lagu popular seperti Masih Jelas, Noktah Cinta dan Awan Nano yang berjaya menaikkan namanya.

Awan Nano misalnya, bukan sekadar diangkat Lagu Terbaik Malaysia, malah, turut dipilih Lagu Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2011, Julai lalu.

Ternyata karya ciptaan Datuk M Nasir dan lirik oleh Budi Hekayat itu membawa tuah buat Hafiz kerana lagu itu juga akan diperkenalkan kepada peminat di Indonesia tidak lama lagi.

Menurut Hafiz, peluang itu diperolehinya ketika menjalani rakaman program Apa Saja FBI di Jakarta, Ogos lalu.

“Saya berkesempatan bertemu beberapa penggiat seni di sana dan ada yang menunjukkan minat untuk memasarkan lagu Awan Nano. Jika tiada aral melintang, saya akan ke Jakarta hujung tahun ini bagi menjalani penggambaran klip video.

“Lagu itu juga akan diputarkan di stesen radio Indonesia dan seterusnya menjadi batu loncatan untuk memperkenalkan nama saya di sana,” katanya ketika ditemui semasa sidang media Anugerah Industri Muzik (AIM), baru-baru ini.

Selain membina jaringan kenalan baru di Jakarta seperti kumpulan Giesha dan Nidji, Hafiz juga sempat melihat cara karyawan bekerja yang disifatkannya jauh berbeza dengan di sini.

“Jika di negara kita, ramai yang terlalu emosional hingga mencampuradukkan urusan peribadi dan kerja. Akibatnya, berlakulah masam muka dan sebagainya.

“Berbanding di sana, mereka sangat profesional ketika bekerja dan segala karya dihasilkan mengikut flow yang ditetapkan,” katanya yang akan membawakan Awan Nano di pentas AIM (12 November) dan separuh akhir Muzik Muzik 26 (18 November) ini.

Hasilkan lirik sendiri
Beralih ke perkembangan terbarunya, Hafiz yang kini popular dengan lagu Watak, akan muncul dengan single terbarunya, Deklamasiku tidak lama lagi.

Menariknya mengenai lagu itu, menurut Hafiz, buat pertama kalinya dia mencuba bakat dalam bidang penulisan lirik.

“Sebelum ini, peminat sering mengatakan kebanyakan lagu saya berat dan sukar difahami. Namun, lirik lagu Deklamasiku ini saya tulis dengan ringkas saja.

“Ia berkaitan luahan hati saya kepada seseorang. Saya harap peminat akan menyukai percubaan pertama saya ini,” katanya.

Ketika diusik adakah lagu itu ditujukan buat penyanyi wanita yang digosipkannya iaitu Adira, Hafiz hanya menjawab ringkas.

“Semua perkara itu (hubungan dengan Adira) sudah berlalu. Saya pun tidak mahu mengenangnya dan lebih selesa jika bercakap mengenai soal kerjaya,” katanya.



Sunday, November 6, 2011

CAK: Awan Nano di Indonesia



JIKA benar apa yang CAK dengar bahawa album Hafiz AF akan dipasarkan di Indonesia, CAK harap dia dapat mengulangi sejarah artis Malaysia yang pernah menempa di sana seperti Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sheila Majid, Raihan, Iklim, Exists, Slam dan Amy Search.

Selepas nama hebat itu, tiada lagi artis yang betul-betul dapat menawan peminat muzik di negara itu. Kalau ada pun bakat baru yang kerap membuat persembahan di sana, kumpulan Sixth Sense. Kumpulan nasyid, UNIC dan Rabbani juga pernah diundang membuat persembahan di negara itu.

Menurut perkhabaran yang sampai ke telinga CAK, jika jadi sebagaimana dirancang, album itu akan diedarkan di bawah label Warner Music Indonesia.

Pihak syarikat terpikat dengan lagu Noktah Cinta dan Awan Nano dan kata mereka, lagu itu sangat berpotensi menembusi pasaran muzik negara itu.

Album itu dijangka menjengah pasaran Indonesia pada masa terdekat. Biasanya lagu kita memang susah memikat penggemar muzik di sana.

Kalau ada pun, ada yang terpaksa ditukar lirik dan tajuk lagunya. CAK harap Hafiz gunakan peluang itu sebaik mungkin kerana pasaran di sana sangatlah luas.



Sumber: Harian Metro (6 November 2011)



* Best wish for Hafiz 
Banzai *

Related Posts with Thumbnails