Thursday, May 27, 2010

Hafiz AF7 Rasai Aura Lagu Adira Di Belakang Pentas

Source: mstar.com.my
Oleh AU YEONG HOW

KETIKA Adira mempersembahkan lagu Ku Ada Kamu (komposer dan lirik oleh Edry KRU) diiringi adik-adik yang comel, Hafiz AF7 berada di belakang pentas.

Sama seperti para penonton di Dewan Putra, Bukit Jalil pada malam Sabtu lalu, dia turut terhibur dengan persembahan peserta dari Ranau, Sabah itu.

Hafiz dapat merasai 'tenaga' lagu itu bergema di setiap ceruk dewan.

"Bolehkah anda bayangkan walaupun saya berada di belakang pentas (pada masa itu), saya boleh rasakan auranya.

"Sejujurnya, Adira membuat persembahan terbaik pada malam itu. Saya suka lagu yang terakhirnya. Kekuatannya dalam bidang nyanyian jelas terserlah," katanya kepada mStar Online selepas konsert akhir AF8 berakhir.

Bagaimanapun Hafiz menegaskan, Shahir turut membuat persembahan yang terbaik pada malam itu.

Apa tidaknya, setiap nyanyian Shahir menerusi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan(komposer dan lirik oleh Edry KRU) dan Biru Mata Hitamku (Wings) akan mendapat sorakan gemuruh berterusan daripada para penonton.

"Memang persembahan dia gempak-lah malam ini. Bagi saya, Shahir memang mempunyai vokal yang berlainan daripada finalis-finalis lain.

"Dia mempunyai sesuatu keunikan pada vokalnya. Itu adalah satu keistimewaan baginya. Tahniah daripada saya kepadanya," kata bekas juara AF7 itu.

Hafiz menyambut baik kemunculan sebutir bintang lagi iaitu Shahir di persada muzik tanahair dan tidak sesekali menganggapnya sebagai ancaman yang menggugat popularitinya kelak.

"Bagi saya, saya mengambilnya dari segi positif. Sebab dalam industri, kita sama-sama berjuang untuk tanahair kita.

"Jadi, biarkan kita beramai-ramai, bersama-sama memperjuangkan industri muzik kita," katanya.

Wednesday, May 26, 2010

KITA The Musical - more newspaper scan

Kosmo!

Utusan Malaysia

Hafiz, Akim, Emma and Hou Ren @ BRAND's Booth, Konsert Final AF8

Hafiz, Akim, Emma AF8 dan Hou Ren telah berada di gerai Brands, pada ptg sebelum berlangsungnya konsert final AF8. Penuh sesak gerai ni dibuatnya. Masa ni la jugak Hafiz nak tersasul panggil Emma, Adira! Nasib baik la tak ada acara merempuh berlaku. Dorg2 ni seme layan je kerenah peminat2 kat situ. Nak salam la.. nak gambar la.. nak autograf la..

Sebelum main games, dorg distribute belon panjang tu dulu.. siap sign kat sampulnye lagi (sampul tu dorg simpan ke? ^_^!)
Sejurus selepas itu, dorg mula main games. Alah.. jawab2 soalan je. Sapa jawab betul dpt la salah satu harta karun yg ada dlm beg Brands yg ada kat meja dorg tuh. Antara hadiahnya notepad, pencil case, kain lap peluh (nih Akim kata ehhh) dan ntah apa lagik.

Abih jawab sume soalan yg ada kat dlm kertas yg disediakan pihak Brands, tgk2 ada lagi harta karun dlm beg tu. Apa lagi.. Akim buat game sendrik. Lawan main mata. Pilih awek cun. Baru kene tenung 10 saat dah serender wakakakaa.. yaperdaaa..! Hafiz soh dorg nyanyi lagu tema Innershine. Hou Ren ngan Emma tak banyak cakap sgt. Hafiz yg lead sume dari awal sampai abis. Sempat lagi mic buat hal. Duh!

Apapun, Hafiz dan Akim sempat bagitau hadirin yg Aril tak dpt hadir, sebab demam. Dan mintak sume mendoakan kesihatan Aril. Sweet!

Lepas, tanpa disedari bintang2 AF8 yg dah terkeluar, tiba2 masuk dalam khemah tuh. Apalagi, nyanyi lagu JUARA beramai2 ler. Sekali lagi Hafiz lead the pack. Korang leh tgk sendiri kat utube yg dah ditepek sebelum ni.

Sebelum mengakhiri acara, Hafiz sempat berpesan "Malam ni jgn lupa, kita gempakkan konsert AF7!.. ehhhhh.. AF8.. heheh.. teringatttt...". Crowd mula bersurai dengan cepatnya. Rupanya Rockabola dah pun bermula di pentas yg ada kat situ.

   

 
  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Teater pertama Hafiz

Teater pertama Hafiz
Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my

TIDAK pernah menyangka akan menjejakkan kakinya di pentas Istana Budaya menerusi sebuah teater muzikal, Hafiz yang merupakan juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) kini boleh tersenyum puas.

Terpilih daripada ramai calon yang menghadiri uji bakat untuk teaterKita, membuktikan anak muda dari Sarawak itu mempunyai kualiti yang lebih daripada seorang penyanyi.

"Saya sendiri pun tidak sangka akan terlibat dalam teater yang bajetnya agak besar ini. Pada mulanya saya dapat panggilan daripada pengarah teater meminta saya hadiri uji bakat untuk watak Rahman pada bulan April lalu.

"Ketika sesi uji bakat saya tidak menaruh harapan yang tinggi untuk diterima kerana saya tidak mempunyai pengalaman langsung berlakon teater," ujarnya.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi Hafiz, apabila dia berjaya menarik minat pengarah bukan sahaja kerana kelunakan suaranya tetapi juga bakat lakonan yang dipendam selama ini.

"Ini memang teater saya yang pertama. Saya ada beritahu pihak produksi sebelum ini pengalaman saya hanyalah berlakon teater di dalam AF sahaja, syukur setelah sebulan berlatih saya semakin selesa berdiri di pentas teater," katanya.

Tambah Hafiz lagi, selain perlu berlakon dan menyanyi dalam masa yang sama dia juga perlu melontarkan kebanyakan ayat dalam bahasa Inggeris.

"Saya bukan tidak tahu bahasa Inggeris tetapi untuk bertutur dan menyanyikannya dengan begitu fasih saya dapati agak sukar pada mulanya.

"Tetapi dengan bantuan kelas lakonan dan bahasa Inggeris daripada Datin Seri Tiara Jacquelina dalam masa sebulan, ia banyak membantu perbaiki sebutan saya," tambahnya.
Beritahu Hafiz lagi, berlakon dalam teater muzikal merupakan cabaran yang besar baginya tambahan pula masa untuknya berlatih tidak sampai tiga bulan.

"Masa latihan memang agak pendek tetapi dengan kerjasama semua pihak termasuk produksi dan rakan artis yang lain, saya yakin kami mampu lakukannya dengan baik apabila ia dipentaskan pada Jun depan," tuturnya.

Terdapat lebih daripada 30 buah lagu baru yang bakal berkumandang dalam teater muzikal Kita dan Hafiz akan menyanyikan 10 daripadanya.

"Saya akan menyanyikan sembilan lagu baru dan satu lagu lama iaituGetaran Jiwa duet bersama watak Ayu yang dilakonkan oleh Nas Adilla," terangnya yang dilihat mempunyai kualiti sebagai pelakon teater semasa membuat persembahan pada majlis pelancarannya di Istana Budaya baru-baru ini.


Idea Gagasan 1Malaysia

Bercakap dengan pengarah teater tersebut Ho Ling Huay, idea untuk membikin teater tentang keharmonian rakyat Malaysia itu wujud daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yang menyahut kempen 1Malaysia.

Menerusi perbincangan dengan pihak Istana Budaya mendapati zaman 1970-an merupakan detik yang tepat untuk menggambarkan gagasan 1Malaysia kerana ketika itu hubungan antara kaum amat erat.

"Saya memilih zaman 1970-an kerana ketika itu, hubungan antara kaum lebih erat daripada apa yang kita ada hari ini. Melalui cerita kakak saya, ketika itu dia pergi sekolah dengan rakan berketurunan India dan Melayu.

"Jadi, saya ingin kembalikan momen itu dalam teater kita. Saya ingin anak muda kita pada hari ini sedar bahawa konsep 1Malaysia itu sebenarnya sudah lama wujud dalam masyarakat Malaysia terutama penduduk di luar bandar," katanya.

Memilih Teluk Intan, Perak sebagai latar teater Kita mempunyai signifikan yang tersembunyi di sebaliknya.

Menurut Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani, Teluk Intan amat terkenal dengan menara condong. Meskipun condong tetapi itu tetap utuh berdiri sehingga ke hari ini, itulah simbolik kepada penyatuan kaum di Malaysia.

"Menara condong itu satu jenama, saya bukan memilih tempat itu kerana ia tempat asal saya tetapi ia mempunyai memori yang cukup segar di kalangan rakyat Malaysia," ujarnya yang cukup berbangga apabila teater muzikal itu mendapat banyak tajaan daripada syarikat korporat.

Teater Kita yang akan dipentaskan pada 17 sehingga 27 Jun depan mengisahkan persahabatan tiga rakan karib iaitu Rahman (Hafiz), Cheong (Eric Lin) dan Amish (Michael Rao) yang membesar di Teluk Intan, Perak.

Mereka bertiga mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi itu tidak menghalang persahabatan mereka. Cheong merupakan anak tunggal kepada seorang peniaga kedai ubat tradisional Cina.

Amish pula dibesarkan oleh neneknya, Naini, dalam sebuah estet dan seluruh penduduk estet menaruh harapan tinggi kepadanya, Amish merupakan satu-satu pelajar dari estet yang mendapat tempat di sekolah ketika itu.

Rahman merupakan anak Pak Hassan (Datuk Jalaluddin Hassan) yang juga seorang penghulu kampung. Kemudian mereka bertiga menubuhkan satu kumpulan nyanyian yang diberi nama Kita untuk mengambil bahagian dalam pertandingan Bintang Malaysia yang diadakan di Kuala Lumpur.

Tiket yang sudah mula dijual boleh didapati dengan harga RM288 sehingga RM15 melalui semua rangkaian Axcess, Istana Budaya Box Office atau hubungi talian 03-795 45922 dan juga boleh layari laman web www.axcess.com.my.


Source : kosmo online

Monday, May 24, 2010

KITA the Musical in the news today - Newspaper scans

Utusan Melayu

Harian Metro

News Strait Times

Pelakon Muzikal KITA Tiada Masalah

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my
2010/05/24

SEMANGAT sebenar 1Malaysia yang memperlihatkan masyarakat majmuk hidup aman damai, bersatu padu dan ingin memajukan negara menjadi paparan utama teater Muzikal Kita yang akan dipentaskan di Istana Budaya (IB) Jun nanti.

Teater ini juga menjanjikan persembahan berprestij dengan kisah yang menyentuh perasaan, irama merdu, reka bentuk pentas hebat serta barisan pelakon pelbagai kaum.

Selaku penerbit, penulis skrip dan pengarah muzikal ini, Ho Lin Huay berkata, jalan cerita Muzikal Kita juga mudah difahami penonton.

"Cerita ini mengisahkan tiga sahabat, Rahman, Cheong, Amish yang mengambil bahagian dalam pertandingan nyanyian. Pada penghujung cerita, ia menceritakan kisah mengenai rakyat kita sendiri. Selain seramai 69 pelakon terbabit dalam pementasan ini, sebanyak 30 lagu akan disampaikan," katanya. Lin Huay berkata, cabaran paling besar dihadapinya untuk mementaskan teater itu adalah tempoh latihan yang singkat.

"Sesi latihan yang diberikan kepada kami kurang daripada tiga bulan. Berbanding di luar negara, latihan untuk pementasan seperti ini membabitkan tempoh yang lebih panjang. Selain itu, kos untuk pementasan ini juga besar iaitu sebanyak RM1.5 juta (tidak termasuk publisiti dan promosi). Justeru, kami bertuah kerana mendapat sokongan penuh daripada IB untuk merealisasikan muzikal ini," katanya. Tambahnya lagi, pemilihan pelakon juga adalah menerusi uji bakat yang diadakan.

"Pemilihan juara Akademi Fantasia 7 (AF7) Hafiz, watak utama sebagai Rahman kerana dia seorang penyanyi yang hebat. Begitu juga pemilihan pelakon lain seperti penyanyi Nas Adila yang bersandarkan bakat masing-masing.

"Sekalipun, mereka baru kali pertama berlakon teater, masing-masing cepat mendapat keserasian antara satu sama lain. Sepanjang latihan, semua pelakon sangat komited," katanya. Beliau berkata demikian ketika majlis pengenalan teater Muzikal Kita dan sidang bertemu media di IB, baru-baru ini.

Hadir sama, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Pengarah IB, Juhari Shaarani. Sementara itu, Hafiz berkata, dia berminat untuk membintangi produksi itu kerana ingin melebarkan sayapnya ke pentas teater pula. "Semuanya bermula apabila saya pergi uji bakat pada April lalu dan pihak produksi memberitahu saya berjaya selepas seminggu. "Bekas Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina juga sempat memberitahu, pembabitan saya dalam muzikal ini akan mampu membawa saya menuju ke satu tahap yang lebih baik dalam karier seni," katanya. Hafiz berkata, muzikal ini membabitkan 50 peratus penggunaan bahasa Malaysia dan selebihnya bahasa Inggeris. Selain itu, ada juga selitan bahasa Cina dan Tamil. "Saya juga banyak berdialog dalam bahasa Inggeris untuk teater ini. Bagi menguasai dialog dalam Inggeris, saya perlu mengikuti kelas bahasa Inggeris yang dikendalikan Datin Seri Tiara selama sebulan. Saya juga manfaatkan ilmu yang dipelajari dalam AF7 dulu ke teater ini. "Saya akan menyampaikan 10 lagu dan sembilan lagu adalah lagu baru yang dicipta khas untuk muzikal ini. Dua lagu Melayu adalah duet saya dengan Nas Adila berjudul Pandangan Pertama dan lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Getaran Jiwa," katanya.

Selaku teraju utama teater muzikal ini, Hafiz akui cabaran besar yang dihadapinya untuk menjiwai watak Rahman.

"Saya bawa watak budak lelaki yang bersemangat tinggi dalam cerita ini. Apabila kawan-kawannya berputus asa, Rahman akan tampil memberi semangat kepada mereka. Rahman seorang yang tegas dan prihatin. "Banyak perkara baru yang saya pelajari dalam bidang lakonan. Saya sedar bidang nyanyian dan lakonan adalah dua cabang seni berbeza. Dalam bidang lakonan, saya kena buat mimik muka untuk menjiwai watak diserahkan.

"Sepanjang sebulan latihan, saya dapat pelajari banyak perkara baru. Saya beruntung kerana pelakon hebat seperti Datuk Jalaluddin Hassan banyak membantu saya menjiwai watak sedih dan ceria Rahman. Jalaluddin juga menjadi ayah saya, Pak Hassan.

"Selain itu, saya juga seronok berlatih dengan pelakon baru dalam teater ini dan kami cepat serasi walaupun kali pertama bertemu," katanya. Mengulas lanjut babaknya dengan Nas Adila (sebagai Ayu), Hafiz berkata ia berdepan konflik kerana Ayu yang patuh dengan keluarganya. "Rahman menyukai Ayu tapi Ayu pula terlalu mengikut kehendak keluarganya," katanya. Selain Hafiz dan Jalaluddin, barisan pelakon teater ini ialah Eric Lin (Cheong), Michael Rao (Ganesh), Amy Wang (Chun Moi), Lim Cheng Hock (Chin SR) dan Sukania Venugopal (Nenek Naini).

Muzikal ini anjuran Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta IB sendiri. Muzikal Kita akan dipentaskan bermula 17 hingga 27 Jun ini dan tiket berharga RM288, RM188, RM148, Zone B (RM108), Zone C (RM88), Zone D (RM38) dan pelajar RM15. Tiket dijual melalui Ticket Axcess menerusi talian 03-77115000. Maklumat lanjut, layari www.istanabudaya.gov.my.

Thursday, May 20, 2010

Hafiz, Isma, Akim @ Firmical Bahiyah Bakery Opening Ceremony, 18th May 2010



Pics are courtesy of Isma AF's fb.
See the rest of the pictures at Media Gallery.

Related Posts with Thumbnails